Pages

Friday 30 December 2011

Friday 9 December 2011

Chemical Bottle


 antara tempahan dari pelanggan..

memang besar dan berat botol ni.. botol ni ialah botol chemical dari kilang memproses sawit..




Saturday 22 October 2011

baby's pillow case

Personalized your baby's pillow case
Sebahagian dari tempahan sarung bantal bayi.... yang berminat sila text saya di 012-5127149
harga tak menentu sbb bergantung pada jenis cotton.. kalau suka beli kain sendiri lg senang.. kalau tak pandai match beli kain yg bercorak shj.. plain cotton saya boleh matchkan..











Fresh idea for newborn baby's gift..





Monday 19 September 2011

artificial hydrangea



Hari raya bouqet... hydrangea cantik dr SSF.. harga asal RM24 setangkai tp sempena aidilfitri yg lepas dijual RM50 utk 3 tangkai.. nak hasilkan gubahan macam ni perlukan 6 tangkai dan dedaunan.. saya gunakan daun yg panjang tu + daun yg bulat2 kecil tu...


Seperti biasa lavender sebagai penyeri.. :>


Monday 5 September 2011

Salam Aidilfitri



Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.. mohon maaf atas segala kekhilafan atau ketelanjuran...

Lama sungguh rasenya tak update..bulan puasa lepas sibuk menjahit dan menyiapkan biskut raya.. bulan ni sibuk dgn open house dan jamuan raya pulak.. dah reda semua baru nak sambung balik dgn kerja2 craft yg terbengkalai.. huhu.. coming soon hari raya bouqet n baby pillow case..

Sunday 7 August 2011

tabung..


tabung yg ditempah oleh biro wanita fasa 2j seri manjung..
terima kasih pd puan pengerusi pn hasnah..


Saturday 23 July 2011

balang kuih raya...




Sesiapa berminat nak ber'balang kuih' baru hari raya nanti pls sms me 012-5127149.. saya terima makeover pada penutup balang sahaja.. kalau nak balang exactly macam saya boleh dapatkan dari Syarikat Menang.. skrg pun dah start offer.. rm20++ utk 3 balang.. tak hengat la plak actual price die.. tp kaler asal penutup tu kaler mcm chrome/aluminium.. atau kalau dah ada balang pyrex yg lama2 tu lg baik..

Saturday 16 July 2011

Flower & Art Cabin



Kepada semua bloggers, crafters, craft fans, future bridal, fren & family... Akhirnya blog baru saya dapat dilancarkan walaupun tak seberapa.. seperti biasa masih bz dgn bunga telur, decoupage dan sempat juga membusykan diri dgn aktiviti2 biro wanita di taman kediaman saya... 

Flower & Art Cabin menyediakan koleksi decoupage, bunga2 hiasan di majlis perkahwinan spt bunga pahar, bunga dulang, bunga tangan, corsage dan sirih junjung. Untuk penduduk sekitar daerah Manjung, sekiranya berminat mengikuti kelas decoupage, sila hubungi saya 012-5127149. Badan2 persatuan dari kerajaan dan swasta dialu-alukan. Terima Kasih dan selamat cuci mata..

Sila klik logo di sebelah kiri blog (bgh links) untuk ke blog baru saya.. 
atau klik SINI..


Tuesday 12 July 2011

seri si puncak pahar...


Alhamdulillah... 'seri si puncak pahar' berjaya menjuarai acara pertadingan 'sepahar bunga telur' yg diadakan sempena Karnival Semarak Perpaduan 1 Malaysia peringkat Daerah Manjung pd 10 Julai lalu..





Pertandingan 'gubahan bunga artificial' pd hari yg sama pun menang jugak..
Bunga ni skrg dah bersemadi di rumah tuan pengerusi KRT.... :)

penyeri..





Tuesday 21 June 2011

sneak preview..

Alhamdulillah... 

Nampaknya segalanya berjalan lancar.. Impian saya nak
mengembangkan perniagaan kecil-kecilan saya kini mula menampakkan
hasil.. Bermula dari Gubahanku kini saya lebih selesa dengan nama baru
Flower & Art Cabin.. Flower kerana bunga tak mungkin lari dari seorang wanita.. Art kerana saya kini dah terjebak dengan 'penyakit' decoupage..
dan Cabin ialah konsep yang sentiasa saya angankan sekiranya saya berpeluang memiliki sebuah kedai.. Actually nama ni jugak saya dan teman2 pernah gunakan mase menjual bunga di pesta konvo mase zaman2 U dulu.. 

InsyaAllah, Flower & Art Cabin akan dilancarkan pada 17 Julai ini iaitu sempena hari jadi saya yg ke ? :) Semoga hasil seni saya dapat memenuhi kehendak anda yg cintakan konsep vintage, shabby, english design atau apapun istilah yg rasenye tak perlu lg saya sebutkan.. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua sifu-sifu decoupage yg sudi berkongsi ilmu.. Kak Ida, Kak Muna, Ira, Affeen dan Kak Liza.. Moga kalian sukses selalu.. TQ so much.. 



Wednesday 1 June 2011

finally...


akhirnya siap jugak apa yg diimpikan.. walaupun tersangatlah simple tp puas hati.. cume yg tak puas hatinye fa tak pandai buat lg.. so tepaksele tempek tisu dulu...


Tuesday 17 May 2011

Bunga oh bunga...


Assalamualaikum....

rasenye masih belum terlambat nak ucapkan 'selamat hari ibu' dan 'selamat hari guru'  buat semua insan yg mendapat gelaran bertuah itu.. saya juga bersyukur kini seorang ibu dan juga pernah menjadi guru..untuk ibu tersayang saya hadiahkan dispenser yg penuh dgn roses ni.. sbb mak mmg suka roses... kali ni wording dah ok ye... hehe.. 
Projek decoupage plak sekarang ni tengah asah skill nak buat wording yg besar pulak.. so utk permulaan saya pilih yg senang dulu.. kaligrafi "Allah & Muhammad".. kebetulan kat rumah mmg takde lagi.. so sementara tunggu siap jom kite layan bunge plak.. 

Gambar ni dah basi.. bunge lame gubah utk mak raya tahun bile pun tak ingat....


Yang ni pun gubah utk mak... cume gambarnye baghu disnap..


Yang kat bawah ni baghu lah utk diri sendiri.. jejalan kat KK Home Deco terjumpe plak letter holder comel... tp diubah suai jd flower holder super comel.. hehe... kutip bebunge yg ade kat rumah tu n sumbat aje.. tak payah gubah teruk teruk pun... yang penting kaler PURPLE musti ada... huhu